KUALA LUMPUR: Penulis blog "Sang Kelembai" mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran jelik mengenai urusan pembelian vaksin menerusi laman Facebook miliknya, empat tahun lepas.
Datuk Abd Zarin Mohd Yasin, 72, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, melalui aplikasi Facebook "Zaharin Mohamad Yasin", pada 2.03 pagi, 21 Dis 2020.
Hantaran itu dibaca di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada 3 petang, 22 Dis 2020, mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan OKS tidak boleh membuat sebarang hantaran mengenai kes itu sepanjang kes berlangsung.
Peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat mewakili Abd Zarin memohon jaminan rendah kerana OKS yang merupakan pesara syarikat swasta dan pernah bekerja sebagai pengamal media dan penulis mempunyai penyakit kencing manis kronik dan darah tinggi.
"OKS mempunyai empat anak dengan seorang daripadanya masih belajar di universiti. Isterinya yang merupakan suri rumah akan menjadi penjamin dan menggunakan duit simpanannya untuk membayar jaminan," kata peguam itu.
Hakim N. Priscilla Hemamalini membenarkan OKS diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 26 Feb ini. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024
Penulis blog "Sang Kelembai" mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran jelik mengenai urusan pembelian vaksin menerusi laman Facebook miliknya, empat tahun lepas.
MAQIS tahan anjing baka Pomeranian
Anjing berkenaan cuba dibawa masuk oleh satu pasangan warga Iran yang menaiki penerbangan dari Turki.
Perkhidmatan trem percuma di Putrajaya sehingga Julai
Sekiranya semua berjalan lancar, perkhidmatan trem itu dijangka bermula akhir tahun ini.
AWANI Ringkas: Dibebaskan tanpa syarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] SQ321 | KLN sahkan 9 penumpang, 1 anak kapal dalam keadaan stabil
Wisma Putra sahkan 9 rakyat Malaysia termasuk 1 krew merupakan mangsa gelora udara pesawat Singapore Airlines Penerbangan SQ321 dari London ke Singapura. 8 daripadanya menerima rawatan di dua hospital berasingan di Bangkok dan berada dalam keadaan stabil.
Gordon Bell, pencipta minikomputer meninggal dunia
Kemajuan teknologi minikomputer membuka jalan kepada terciptanya PC desktop lebih kecil dan kini komputer mudah alih di tangan anda sekarang.
Sembilan rakyat Malaysia antara mangsa insiden gelora udara Singapore Airlines
Lapan orang daripada mereka mengalami kecederaan dan sedang dirawat di dua buah hospital di Bangkok.
TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Perbezaan kaum dan agama merupakan keunikan yang mengeratkan masyarakat majmuk di Malaysia.
Maya Karin belajar tarian tango demi 'The Experts'
Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di
Tekad kerajaan Madani laksana rasionalisasi subsidi
Pengarah dan Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS)
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Imigresen tahan 15 wanita warga asing di pusat hiburan
Mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun.
Penulis blog “Sang Kelembai” didakwa buat hantaran jelik berhubung vaksin di FB
Abd Zarin didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang di Facebook.